Wanita dakwa dicabul pekerja rumah ibadat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang wanita berdepan detik hitam selepas dipercayai dicabul pekerja sebuah rumah ibadat di Sungai Manggis, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku semasa mangsa berusia 21 tahun bersendirian dalam bilik di rumah ibadat terbabit.

"Mangsa kemudian dihampiri pekerja rumah ibadat terbabit sebelum diraba di bahagian bahu dan dada.

"Mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri dan segera menghubungi rakannya sebelum ke balai untuk membuat laporan polis," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat, kira-kira jam 10 malam, polis bertindak menahan suspek yang merupakan warga India berusia 44 tahun.

Katanya, suspek kini telah direman empat hari sehingga Sabtu untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: