X

Kindly register in order to view this article
!

Umat Islam perlu bertenang: Mufti Perak

Harussani (duduk) menyerahkan naskhah al-Quran kepada wakil SABK Maahad Al-Ummah, Muhammad Hafez Ardhi pada program tersebut.
A
A

IPOH - Umat Islam di negara ini diminta bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri berhubung insiden pengganas yang menyerang dua masjid di New Zealand.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, kejadian yang berlaku amat dahsyat kerana menyasarkan tempat ibadat.

Katanya, umat Islam perlu mendapatkan maklumat yang jelas punca sebenar serangan tersebut sama ada perselisihan peribadi atau kebencian agama.

Kita orang Islam tidak boleh mengambil tindakan melulu. Kena buat siasatan dulu, siapa yang buat dan apa tujuan. Kalau tujuan dia kerana memusuhi Islam maka kita kena serahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan.

"Kalau kita balas balik kita pergi tembak dan sebagainya, orang tak bersalah akan jadi mangsa, jadi itu akan jadi perkara yang tidak baik," katanya.

eliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Wakaf Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Kepada Pelajar Luar Pada di Dewan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah, Chemor, di sini.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Islam tidak mengajar umatnya mengambil tindakan secara melulu terhadap sesuatu isu terutama serangan ke atas umat Islam.

Katanya, jika ada segelintir umat Islam yang bertindak membalas perbuatan tersebut, ia dibimbangi akan mencetuskan pergaduhan besar yang boleh membawa kepada peperangan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!