PDRM bakal terima tujuh bot baharu

Mastor (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada kariah Surau At-Taqwa yang diterima oleh Mustafa ketika program misi bantuan banjir di Surau At-Taqwa Taman Sri Muda pada Rabu.
Mastor (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada kariah Surau At-Taqwa yang diterima oleh Mustafa ketika program misi bantuan banjir di Surau At-Taqwa Taman Sri Muda pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima tujuh bot baharu yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pelaksanaan operasi banjir.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff berkata bot pelbagai guna itu dilengkapi pelbagai ciri yang terbaru.

Bot baharu yang bakal diterima ini bukan sahaja dapat digunakan dalam operasi keselamatan malah dalam misi menyelamat mangsa banjir.

"Bot ini adalah dari jenis rata yang sesuai digunakan khususnya apabila melibatkan banjir di taman perumahan, disebabkan tidak semua jenis bos dapat memasuki taman perumahan," katanya.

Datuk Mastor Mohd Ariff.
Datuk Mastor Mohd Ariff.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program misi bantuan banjir Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Surau At-Taqwa Taman Sri Muda di sini pada Rabu.

Menurutnya, dalam misi pasca banjir baru-baru ini, seramai 400 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan ditugaskan.

"Kalau diikutkan Pasukan Simpanan Persekutuan terlibat dari awal lagi sepanjang banjir melanda.

Artikel Berkaitan:

"Antara bantuan yang diberikan antaranya melibatkan bantuan bersihkan sekitar rumah mangsa banjir, pemberian bakul makanan dan pelbagai bantuan lain," katanya.

Turut hadir, Timbalan Komander PSP, Asisten Komisioner Rosman Kasman; Timbalan Pengurus Besar Yayasan Restu, Mohd. Taufiq Izham Ismail dan Pengerusi Surau At-Taqwa, Mustafa Othman.

Dalam program sama, sebanyak 1,000 naskah al-Quran, dapur dan bakul makanan diserahkan kepada penduduk yang terjejas banjir di taman berkenaan.