Arteta mahu Arsenal bangkit berdepan Liverpool

Arteta - foto Getty Images
Arteta - foto Getty Images
A
A
A

SETELAH tersingkir daripada saingan Piala FA, pengendali Arsenal Mikel Arteta mahu skuad The Gunners itu kembali bangkit ketika berdepan Liverpool pada aksi separuh pertama Piala Liga pada Jumaat ini.

Menurut Arteta, skuad kendaliannya itu kini dilaporkan giat menjalani latihan menjelang aksi separuh akhir berkenaan dengan dibantu pengarah teknikal, Edu.

“Berdasarkan laporan, kita tahu semua pemain kini bekerja keras pada sesi latihan menjelang pertemuan dengan Liverpool.

“Pada sesi latihan itu juga, kita memberikan fokus terhadap apa yang perlu dilakukan pemain bagi menjamin kemenangan pada aksi separuh akhir berkenaan,” katanya.

Untuk rekod, The Gunners terpaksa akur apabila tersingkir daripada saingan Piala FA setelah tewas o-1 kepada Nottingham Forest, Isnin lalu.

Justeru, Arteta mahu memastikan skuad kendaliannya mencatatkan kemenangan ke atas Liverpool bagi membawa bekalan selesa pada aksi separuh akhir kedua pada 21 Januari depan.

Sementara itu, Arteta berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk beberapa pemain dibawa masuk bagi memperkuatkan lagi skuad The Gunners itu terutamanya di bahagian tengah.

Katanya, ketika ini agak sukar untuknya menurunkan pemain terbaik di posisi berkenaan (tengah) berikutan masalah kecederaan Emile Smith Rowe, Takehero Tomiyasu selain Granit Xhaka disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, pasukan ini perlukan pemain yang bersemangat selain memiliki mentaliti untuk mencapai kemenangan pada setiap perlawanan yang diharungi.

“Perkara itu jelas namun buat masa ini, kita hanya akan fokuskan untuk beraksi dengan pemain-pemain sedia ada,” katanya.