Seorang maut, tujuh cedera kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat

Keadaan dua kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 104 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Rabu. - Foto ihsan IPD Rompin
Keadaan dua kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 104 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Rabu. - Foto ihsan IPD Rompin
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang warga emas maut dan tujuh cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 104 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Rabu.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori, berusia 64 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, mangsa yang memandu kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 bersama seorang penumpang dari arah Kuantan menghala ke Segamat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang peniaga bersama lima penumpang yang datang dari arah bertentangan telah memotong sebuah kenderaan namun terbabas dan seterusnya merempuh kenderaan dipandu mangsa.

"Impak daripada pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah, di sini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau menambah, akibat pelanggaran itu, tujuh yang lain mengalami kecederaan dan kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

"Kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu remuk teruk bahagian hadapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: