Maritim tahan kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran

Kapal tangki yang berdaftar di Jerman dikesan berlabuh tanpa kebenaran berhampiran Pulau Jarak di Perak pada Isnin. - Foto Ihsan Maritim Malaysia.
Kapal tangki yang berdaftar di Jerman dikesan berlabuh tanpa kebenaran berhampiran Pulau Jarak di Perak pada Isnin. - Foto Ihsan Maritim Malaysia.
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki tempatan yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 30.7 batu nautika tenggara Pulau Jarak pada Isnin.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal sepanjang 171.2 meter yang berdaftar di Jerman itu dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia sekitar jam 11.15 pagi.

"Kapal tersebut yang dikendalikan seorang nakhoda dibantu 18 kru terdiri daripada warga Rusia, Ukrain, Romania dan Filipina berusia 28 hingga 63 tahun telah dikesan berlabuh secara haram melalui cerapan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut.

"Kesemua kru bersama kapal ditahan di ‘South East Point’ (SEP) Pulau Pangkor bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sebuah bot nelayan dikendalikan tiga warga asing ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. - Foto Ihsan Maritim Malaysia.
Sebuah bot nelayan dikendalikan tiga warga asing ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. - Foto Ihsan Maritim Malaysia.

Menurutnya, kapal berkenaan ditahan mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Shahrizan berkata, Kapal Maritim Nyalau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C di posisi 6.2 batu nautika timur Pulau Jarak.

"Bot berkenaan dikesan sekitar jam 5.40 petang kerana menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari daratan.

Artikel Berkaitan:

"Bot yang dikendalikan seorang tekong warga Thailand bersama dua kru warga Thailand dan Laos berusia 36 hingga 51 tahun telah ditahan mengikut Akta Perikanan 1985," katanya.

<