Pendakwah bebas Abu Syafiq menang RM120,000 saman fitnah

Defendan juga diarahkan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di laman Facebook dan YouTube. - Sumber foto IG/@ustazabusyafiq
Defendan juga diarahkan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di laman Facebook dan YouTube. - Sumber foto IG/@ustazabusyafiq
A
A
A

KUANTAN - Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengarahkan seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan RM20,000 kepada pendakwah bebas, Abu Syafiq Al-Asy'ary berhubung kenyataan fitnah yang dibuat melalui media sosial, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen turut membenarkan injunksi melarang Hamidah mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Menurut salah seorang peguam yang mewakili Abu Syafiq, Nurul Hafidzah Hassan, defendan juga diarahkan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di laman Facebook dan YouTube.

"Saman sivil tersebut terpaksa diambil oleh Abu Syafiq bagi membersihkan namanya setelah percubaannya untuk menyelesaikan krisis tersebut secara baik, tanpa melibatkan proses mahkamah gagal apabila defendan enggan memadam fitnah yang telah dimuatnaik di akaun media sosial beliau dan enggan meminta maaf.