Najib terima memorandum NGO, tuntut pengeluaran KWSP

Najib menerima Memorandum Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 secara one-off daripada wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir diiringi Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kanan) di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto FB Najib
Najib menerima Memorandum Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 secara one-off daripada wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir diiringi Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kanan) di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto FB Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa menyerahkan memorandum menuntut pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara one off atau sekali bayar kepada Datuk Seri Najib Razak untuk dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Najib, terdapat kira-kira 50,000 pencarum yang sudah menandatangani petisyen tersebut setakat ini.

“Hari ini saya menerima memorandum rayuan daripada beberapa wakil NGO dan suara rakyat.

Rayuan ini adalah agar kebajikan rakyat diberi perhatian dan diusahakan lagi, terutamanya dalam keperluan pengeluaran KWSP untuk kelangsungan hidup.

“Saya faham, saya tahu, saya suarakan.

Sehingga hari ini, setiap hari, rumah dan pejabat saya dikunjungi ramai wakil masyarakat, NGO, persatuan, peniaga kecil, usahawan muda dan pemimpin parti.

“Saya alu-alukan semua dan sedia mendengar, usahakan sama-sama.

Walaupun saya kini ahli Parlimen Pekan, saya juga bekas Perdana Menteri,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Najib menegaskan, beliau tidak akan berdiam diri berhubung isu yang melibatkan kebajikan rakyat.

“Saya tidak akan berkompromi.

Saya tidak akan undur diri.

Saya tidak akan senyap dalam isu kebajikan rakyat.

“Saya sudah berkali-kali menyuarakan agar pengeluaran KWSP dibenarkan buat kali terakhir dan saya juga telah jelaskan bagaimana kita boleh pulihkan simpanan rakyat.

“Buatlah yang terbaik untuk rakyat, kita dipertanggungjawabkan berkhidmat untuk rakyat.

Semoga kerajaan menilai semua permintaan rakyat secara menyeluruh,” ujar beliau.