PGA Briged Tengah rampas mercun, rokok tidak bercukai

Pelbagai jenis mercun yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Rasah Seremban Negeri Sembilan pada Isnin.
Pelbagai jenis mercun yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Rasah Seremban Negeri Sembilan pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah merampas 98 kotak mercun dan 35 kotak rokok tidak bercukai di sebuah rumah di Kampung Pasir Rasah Seremban Negeri Sembilan, pada Isnin.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan yang dijalankan pegawai dan anggota Cawangan Risik Briged Tengah PGA pada jam 5.12 petang itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun bagi membantu siasatan.Kata Muhammad Abdul, pihaknya turut merampas sebuah kereta yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran serta penjualan mercun dan rokok tidak bercukai.

"Kesemua rampasan rokok dan mercun dianggarkan bernilai RM509,350," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Muhammad berkata, pihaknya percaya rumah berkenaan dijadikan sebagai stor penyimpanan mercun dan rokok tidak bercukai sebelum diedarkan di sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207)," katanya.

Artikel Berkaitan: