Desak kerajaan New Zealand lapor secara telus

Salah seorang mangsa dikejarkan ke hospital. - Foto AP
Salah seorang mangsa dikejarkan ke hospital. - Foto AP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keilmuan Nasional mendesak agar kerajaan New Zealand menyiasat dan mengambil tindakan segera ke atas pengganas yang menyerang serta membunuh umat Islam di Masjid Christchurch, New Zealand.

Pengerusi Keilmuan Nasional, Zambri Mohd Isa berkata, peristiwa itu juga perlu dilaporkan secara telus kepada dunia tentang punca kejadian tersebut tanpa berselindung dan merekacipta, yang kemudiannya menganggap peristiwa hanya isu terpencil.

“Keilmuan Nasional dan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa jua latar belakang agama, politik dan fahaman mengecam sekeras-kerasnya tindakan pengganas yang ke atas serangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes tembak Christchurch: ‘Kami masih mencari Haziq’

Empat ditahan susulan insiden tembakan masjid di Christchurch

“Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini jelas menunjukkan sikap dan reaksi serta tindak balas hasil pemikiran Islamiphobia yang dibawa dan dihasut oleh Barat supaya orang bukan Islam membenci orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dua insiden tembakan berlaku di dua masjid di Christchurch mengakibatkan 40 maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata itu.

Dua orang Malaysia juga dilaporkan cedera dalam insiden tembakan yang dipercayai berlaku pada jam 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia).

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Zambri berkata, Keilmuan Nasional berpandangan sudah sampai masanya Barat perlu mengakui bahawa tuduhan dan fitnah umat Islam pengganas adalah salah dan silap daripada mereka sendiri.

“Kerana Islam tidak pernah menganjur umatnya menjadi pengganas serta pembunuh. Justeru, peristiwa hitam di Christchurch ini sudah tentu akan memberi satu pengajaran kepada dunia supaya menghentikan propaganda untuk mendatangkan kebencian antara sesama manusia.

“Kita semua berdukacita atas peristiwa hitam yang berlaku dan mendoakan mereka yang terbunuh matinya diterima sebagai mati syahid dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.