Menangi tiket eksklusif bertemu Park Bo Gum di Malaysia

Park Bo Gum
Park Bo Gum
A
A
A

AKTOR yang pernah mendapat jolokan The Nation’s Seja Jeoha atau The Nation’s Crown Prince, Park Bo Gum bakal kembali ke Malaysia buat kali ketiga, 30 Mac ini.

Bintang sensasi Korea Selatan ini akan mengadakan sesi bertemu peminat, yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 6 petang dengan bertemakan A Good Day in Kuala Lumpur.

Setelah berita Bo Gum akan hadir ke Malaysia diketahui ramai, telah tersebar dua paparan skrin perbualan mengenai potongan diskaun tiket untuk sesi meet & greet bersama Bo Gum.

Menurut penganjur, paparan skrin perbualan mengenai potongan diskaun itu sebenarnya adalah benar.

Hanya dengan memasukkan promo kod 'PBG20', anda akan mendapat potongan diskaun sebanyak 20 peratus.

Tiket boleh dibeli menerusi https://premier.ticketcharge.com.my/shows/show.aspx?sh=PBGATGD19 . Pastikan anda membeli menerusi pengedar yang sah menerusi link yang diberikan.

Bo Gum mula mencipta nama menerusi dua drama hitnya iaitu Love in a Moonlight dan Reply 1988.

Sebelum ini, bintang berusia 25 tahun ini pernah hadir ke Malaysia pada tahun 2016 untuk sesi bertemu peminat buat kali pertama dan kembali lagi ke sini tahun lalu untuk mempromosikan sebuah jenama telefon bimbit terkenal.

Artikel Berkaitan:

Istimewa buat pembaca Sinar Harian, rebut peluang untuk memenangi tiga pasang tiket ke 2019 PARK BO GUM ASIA TOUR IN KUALA LUMPUR. Ikuti langkah mudah dan pemenang bertuah akan dihubungi untuk mendapatkan tiket.

No Image Caption

Peraduan

Sempena 2019 Park Bo Gum Asia Tour, Lovelive & AC Music Entertainment Malaysia bersama Sinar Harian memberi anda peluang untuk bertentang mata dengan Park Bo Gum. Jawab soalan mudah ini berserta slogan.

(1) Apakah tema sesi bertemu peminat Park Bo Gum kali ini?

...............................................................................

(2) Apakah jolokan yang diterima oleh Park Bo Gum?

...............................................................................

(3) Namakan naskhah yang telah menaikkan nama aktor ini?

...............................................................................

(4) Saya meminati Park Bo Gum kerana:

...............................................................................

(tidak melebihi 15 patah perkataan)

Ikuti / tanda suka akaun Facebook Sinar Harian, Instagram Sinar Harian dan Instagram Hib.Sinar. Sertakan paparan skrin bukti anda telah mengikuti ke semua akaun sosial media Sinar Harian dan emailkan jawapan berserta bukti sebelum 12 tengah hari, Ahad (17 Mac) ke: zass.sinarharian@gmail.com

Sebarang email dan rayuan selepas 12 tengah hari, 17 Mac tidak akan dilayan.