Selangor kekal solat berjarak di masjid, surau

Gambar hiasan (Gambar kecil) : Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Gambar hiasan (Gambar kecil) : Mohd Zawawi Ahmad Mughni
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor kekal dengan pendirian untuk solat berjarak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ketetapan dibuat boleh pihak autoriti agama terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dinasihatkan oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Bagaimanapun menurutnya, makluman tentang ketetapan baharu berkenaan SOP solat tersebut akan diberitahu kelak jika terdapat sebarang perubahan mengenainya.

“Ini (solat berjarak) adalah ketetapan yang dibuat oleh pihak autoriti agama terutama Sultan Sharafuddin yang dinasihatkan oleh pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mufti, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan lain-lain.

“Setakat ini, tidak ada perubahan dari segi pelaksanaan dan masih kekal aturan semasa. Jika terdapat ketetapan baharu, kami akan maklumkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan negeri Perlis mula merapatkan saf solat di semua masjid negeri tersebut bermula Sabtu.

Menurut laporan tersebut, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan berkenaan mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri tersebut.

Artikel Berkaitan: