Potong barisan di garisan berkembar, pemandu Proton Waja ditahan

Gambar tindakan pemandu sebuah Proton Waja yang memotong barisan kenderaan yang tular di media sosial.
Gambar tindakan pemandu sebuah Proton Waja yang memotong barisan kenderaan yang tular di media sosial.
A
A
A

SEREMBAN - Tindakan pemandu sebuah Proton Waja memotong barisan kenderaan lain di garisan berkembar di persimpangan lampu isyarat selepas Tol Senawang di sini mengundang padah apabila disaman polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, polis mengesan pemandu kenderaan terbabit selepas gambar memperlihatkan kesalahan dilakukannya dikongsi pengguna laman sosial Facebook pada Sabtu.

"Menerusi gambar itu Proton Waja warna emas dipandu seorang lelaki dipercayai telah melakukan kesalahan mengabaikan syarat lalu lintas dan memotong kenderaan lain di garisan berkembar.

"Pada jam 11.30 malam, polis telah mengesan dan memanggil pemandu terbabit ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, pemandu berusia 29 tahun itu mengaku melakukan kesalahan tersebut dan tindakan saman dikenakan mengikut Kaedah 12(3) LN 167/59 kerana memotong di garisan berkembar.

Selain itu katanya, lelaki terbabit turut dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) Akta Pencegahan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

Artikel Berkaitan: