TPM: Pelantikan mesti kalangan ahli Parlimen UMNO

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri (kanan) bertemu dengan seorang kana-kanak yang menyertai Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, di sini, pada Sabtu.
Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri (kanan) bertemu dengan seorang kana-kanak yang menyertai Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai sebahagian rombakan kabinet yang didakwa akan dilakukan dalam tempoh terdekat mestilah dalam kalangan ahli Parlimen UMNO.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri berkata, walaupun isu ini sekadar desas-desus, namun ahli Parlimen UMNO dirasakan lebih sesuai untuk menjawat jawatan nombor dua pentadbiran negara.

"Jadi, sekiranya spekulasi ini ternyata benar maka jawatan itu perlu datang daripada parti yang memiliki ramai ahli Parlimen yang berkelayakan dan berkemampuan, iaitu UMNO.

"Kita yakin Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO dapat bantu dengan ikhlas dan bersatu hati dalam kabinet Perdana Menteri berbanding parti lain," katanya kepada Sinar Harian selepas Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sebuah media bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dilapor akan melantik Timbalan Perdana Menteri yang baharu sebagai sebahagian rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan Perdana Menteri memerlukan ahli Parlimen UMNO yang memiliki banyak pengalaman sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri yang membantunya dalam mentadbir negara.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Alor Setar berpandangan, rombakan kabinet merupakan hak Perdana Menteri dan bukannya ketentuan parti.

Bagaimanapun, katanya, tumpuan seharusnya diberikan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berbanding rombakan kabinet kerana menteri tidak menunjukkan pretasi yang baik.

Artikel Berkaitan:

Beliau berpandangan ketika ini, menteri sedia ada dikekalkan sahaja namun perlulah meningkatkan pretasi masing-masing dengan tumpuan kabinet pada pemulihan negara dan persediaan dalam menghadapi PRU.

Sebelum itu, lebih 100 pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah ini diberi peluang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma sebagai persediaan kembali semula ke sekolah pada Ahad.