Peniaga jangan ambil kesempatan jual penutup muka: Exco

Liow Cai Tung melawat mangsa di Stadium Tertutup Pasir Gudang.
Liow Cai Tung melawat mangsa di Stadium Tertutup Pasir Gudang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pembekal dan peniaga di negeri ini digesa tidak mengambil kesempatan susulan bencana pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, dengan menaikkan harga barang secara tidak munasabah.

Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, berdasarkan maklumbalas daripada agensi kerajaan dan umum, berlakunya kekurangan penutup hidung dan mulut jenis R95 yang tiada bekalan di banyak tempat.

Menurutnya, ada aduan yang mengatakan sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan situasi yang berlaku dengan menjual penutup hidung dan mulut pada harga lebih tinggi.

"Adalah tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dalam tempoh kritikal seperti ini.

"Saya gesa pembekal dan peniaga untuk memberikan kerjasama dan menyokong masyarakat Pasir Gudang serta kerajaan dalam mengendalikan isu ini," katanya di sini hari ini.

Cai Tung berkata, orang awam dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung jenis R95 yang lebih sesuai untuk menapis partikel berasaskan minyak.

"Penutup mulut dan hidung R95 sangat dicari berikutan kejadian ini, memandangkan ia perlu diganti secara kerap," katanya.

Artikel Berkaitan: