Polis tahan dua lelaki miliki dadah

Dadah jenis pil yaba dan ganja yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lubok Kawah, Alor Pasir, Pasir Mas pada Khamis.
Dadah jenis pil yaba dan ganja yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lubok Kawah, Alor Pasir, Pasir Mas pada Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis pil yaba dan ganja bernilai RM700 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lubok Kawah, Alor Pasir di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam serbuan jam 11.30 malam itu, lelaki warga tempatan dan rakannya yang merupakan warga Thailand berada di dalam bilik di rumah berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam rumah itu polis merampas 50 biji pil yaba dan ganja seberat 31.08 gram.

"Kedua-dua suspek mengaku dadah itu miliknya dan mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki warga Thailand di Kampung Jeram, Perdah.

"Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Katanya, siasatan lanjut akan terus dilakukan untuk mengesan suspek utama berkait dengan rampasan ini.

Artikel Berkaitan: