Peralatan lombong bitcoin RM720,000 dirampas

Sebahagian peralatan melombong bitcoin yang berjaya dirampas.
Sebahagian peralatan melombong bitcoin yang berjaya dirampas.
A
A
A

TAIPING - Polis merampas pelbagai peralatan kegiatan perlombongan haram bitcoin dianggarkan bernilai RM720,000 dalam serbuan di 10 premis melalui Ops Letrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sekitar daerah ini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi tujuan tersebut.

"Operasi selama lima jam bermula jam 4 petang itu melibatkan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) serta Juruteknik Khas TNB.

"Hasil serbuan yang dijalankan telah merampas sejumlah 480 mesin bitcoin, tiga monitor, tiga unit pemprosesan komputer (CPU), empat papan kekunci, tiga tetikus dan 13 modem," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Artikel Berkaitan: