X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

MUIP ganti alat bantuan pernafasan adik Mohd Hisyamuddin

Dr Asmadi (kiri) menyerahkan alat bantuan pernafasan kepada Norfardilatul Akmar (kanan) di rumahnya pada petang Jumaat.
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menggantikan alat bantuan pernafasan adik Mohd Hisyamuddin Mohd Asri,7, yang rosak akibat ditenggelami banjir selepas kisahnya disiarkan akhbar Sinar Harian pada Jumaat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, alatan tersebut telah diserahkan kepada ibunya, Norfardilatul Akmar Mustafa, 38, sekali gus memberi keselesaan kepada Mohd Hisyamuddin untuk bernafas dengan lebih sempurna.

"Kita bukan sahaja memberi bantuan alatan pernafasan, tetapi turut menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM200 bagi keperluan asas kepada keluarga ini di mana-mana Pasaraya Darul Makmur berhampiran.

"Keluarga ini sudah mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan dan kita harap bantuan itu dapat meringankan beban mereka," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Bantuan alatan itu diserahkan kepada Norfardilatul Akmar di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Rangin di sini pada petang Jumaat.

Sinar Harian menyiarkan kisah pasangan suami isteri yang ditimpa malang berganda apabila alat bantuan pernafasan anaknya rosak, selain berdepan kemusnahan harta benda akibat banjir.

Norfardilatul Akmar (kanan) sedang mencuba alat bantuan pernafasan yang disalurkan oleh MUIP sambil diperhatikan Dr Asmadi (kiri).
Norfardilatul Akmar (kanan) sedang mencuba alat bantuan pernafasan yang disalurkan oleh MUIP sambil diperhatikan Dr Asmadi (kiri).

Norfardilatul Akmar memberitahu anaknya bongsunya mempunyai masalah paru-paru kronik kini berdepan kesukaran untuk bernafas dengan lebih sempurna dan meminta sumbangan orang ramai.

Dr Asmadi memaklumkan alatan yang disumbangkan itu dianggarkan berjumlah RM6,000 dan berharap pasangan terbabit tidak berputus asa untuk menjaga anaknya yang diuji dengan kesakitan.

Sementara itu, Norfardilatul Akmar melahirkan rasa bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh MUIP.

Jelasnya, dia kini boleh menarik nafas lega kerana bantuan yang diberikan ini amat bermakna baginya kerana kesempitan hidup menjadikan mereka tidak mampu mendapatkan alat bantuan pernafasan ini untuk anaknya.

"Terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat kerana hasil zakat inilah yang membantunya pada hari ini," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!