Pengisian kakitangan Hospital Pasir Gudang baru 56 peratus - Onn Hafiz

Onn Hafiz (tiga dari kanan) ketika mengadakan lawatan bagi melihat perkembangan pembukaan wad dan pengisian tenaga kerja Hospital Pasir Gudang.
Onn Hafiz (tiga dari kanan) ketika mengadakan lawatan bagi melihat perkembangan pembukaan wad dan pengisian tenaga kerja Hospital Pasir Gudang.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Kadar pengisian kakitangan Hospital Pasir Gudang (HPG) yang baharu hanya mencapai 56 peratus, termasuk jururawat sebanyak 40 peratus dan pakar perubatan 39 peratus.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu memerlukan perhatian segera memandangkan daripada keseluruhan 2,271 jawatan diperuntukkan, hanya 1,276 telah diisi setakat 6 November lalu.

Menurutnya, isu berkenaan sudah beberapa kali dibangkitkan, termasuk dalam pertemuan bersama Menteri Kesihatan bagi mempercepatkan pengisian jawatan di HPG.

"Lebih membimbangkan, pengisian bagi jawatan jururawat masih berada pada kadar 40 peratus, manakala pengisian pakar perubatan hanya 39 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perkembangan terkini pengoperasian HPG termasuk kemajuan pembukaan wad, kesiapsiagaan fasiliti dan pengisian tenaga kerja.

Menurut Onn Hafiz, hospital berkenaan mempunyai kapasiti keseluruhan 304 katil dengan 239 katil atau 79 peratus sudah mula beroperasi setakat 1 November lalu.

"Mengikut jadual pengoperasian, kapasiti ini disasarkan meningkat secara berperingkat sehingga mencapai 100 peratus atau kesemua 304 katil menjelang Mac 2027.

"Dalam masa sama, kerajaan negeri turut mengambil pelbagai inisiatif bagi menyokong pengoperasian hospital termasuk menggerakkan Southern Volunteers (SV) Healthcare yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan bertujuan melancarkan operasi hospital, meringankan beban tugas dan menjaga kebajikan doktor, jururawat serta seluruh petugas kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan keperluan tenaga kerja dan kebajikan petugas kesihatan supaya HPG dapat beroperasi pada kapasiti optimum.

Ujarnya, usaha itu penting bagi memastikan masyarakat khususnya penduduk Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik.

Hospital Pasir Gudang yang terletak di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang mula beroperasi secara berperingkat pada 1 Ogos 2025 selepas diserahkan secara rasmi oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 29 Jun 2025.

Pembinaan hospital berkenaan melibatkan kos RM375.5 juta dan bertujuan meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Pasir Gudang serta kawasan sekitarnya, selain membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!