Sindiket seludup, edar dadah RM850,000

Lukas menunjukkan dadah yang dirampas.
Lukas menunjukkan dadah yang dirampas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini membabitkan nilai rampasan pelbagai jenis dadah berjumlah RM850,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner Lukas Anak Aket berkata, pihaknya turut menahan tujuh individu termasuk seorang warga asing.

"Hasil siasatan risikan rapi dan profesional, JSJN Bukit Aman bersama JSJN Johor menjalankan satu operasi dan berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah didalangi sindiket antarabangsa.

"Hasil empat serbuan di sekitar Johor Bahru dari jam 11 pagi hingga 3 petang pada 13 Mac lalu, kita merampas pelbagai jenis dadah disyaki syabu, kokain dan ekstasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Menurutnya, dadah yang dirampas membabitkan 15.15 kilogram disyaki syabu, 380 gram disyaki kokain dan 50.3 gram disyaki ekstasi.

No Image Caption

"Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM850,000 dan nilai keseluruhan sitaan pula adalah RM429,600 membabitkan empat buah kenderaan, pelbagai jenis barang kemas, jam tangan mewah serta wang tunai.

"Kita tahan tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia berusia 18 hingga 45 tahun dan mereka direman selama tiga hingga enam hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan:

Likas berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat masyarakat yang prihatin dan peka terhadap kegiatan mencurigakan di sekeliling mereka.

"Polis Diraja Malaysia khususnya JSNJ akan terus memperhebatkan operasi dan menggempur aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini," katanya.