Sidang khas Parlimen bincang isu banjir 20 Januari ini

Ismail Sabri melawat sekitar kawasan yang terjejas banjir pada program gotong-royong Keluarga Malaysia di Taman Nanding pada 26 Disember lalu. - Foto Bernama
Ismail Sabri melawat sekitar kawasan yang terjejas banjir pada program gotong-royong Keluarga Malaysia di Taman Nanding pada 26 Disember lalu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan satu sidang khas Dewan Rakyat berkaitan bencana banjir akan diadakan pada 20 Januari ini.

Menurut beliau, ketetapan itu selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Mendalami kesusahan rakyat yang terkesan ekoran bencana banjir, satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan pada 20 Januari 2022.

"Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Ini bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Artikel Berkaitan: