Ditahan selepas dua jam mencuri motosikal

Suspek berjaya ditahan selepas dua jam mencuri motosikal.
Suspek berjaya ditahan selepas dua jam mencuri motosikal.
A
A
A

YAN - Polis Yan berjaya menahan seorang lelaki yang mencuri sebuah motosikal dalam tempoh dua jam selepas laporan kecurian dibuat.

Ketua Polis Yan, Deputi Supritenden Shahnaz Akhtar berkata, pada jam 1.30 petang pihaknya telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Titi Bakong.

Katanya, setiba di rumah berkenaan, pihak polis telah menyerbu bahagian belakang rumah.

"Ketika serbuan kita nampak suspek sedang berjalan sambil mengangkat sebuah rangka motosikal," katanya.



Pihak polis merampas kesemua barangan motosikal yang dicuri.

Katanya, menyedari kehadiran pihak polis, suspek yang berusia 35 tahun bertindak melarikan diri.

"Namun begitu, pihak polis berjaya menahan suspek dan pemeriksaan lanjut ke atas nombor casis rangka motosikal yang diangkat oleh suspek mendapati rangka berkenaan milik motosikal yang dilaporkan hilang pada pagi berkenaan.

Menurut Shahnaz, pihaknya merampas rangka motosikal berkenaan untuk siasatan lanjut.

Shahnaz berkata, suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes kecurian dan juga dadah.

Artikel Berkaitan: