25,000 tan sisa banjir di Pahang sudah dilupuskan

 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melupuskan sebanyak 25,000 tan sisa banjir di Pahang setakat Isnin.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melupuskan sebanyak 25,000 tan sisa banjir di Pahang setakat Isnin.
A
A
A

TEMERLOH - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melupuskan sebanyak 25,000 tan sisa banjir di Pahang setakat Isnin.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid berkata, sebanyak 282 jentera terdiri daripada lori pelbagai saiz antaranya jengkaut dan 816 pekerja telah digerakkan di daerah-daerah yang dilanda banjir.

"Ia berteraskan enam strategi pasca banjir dan perancangan jangka panjang yang telah dirangka oleh SWCorp Pahang," katanya ketika lawatan kerja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Taman Mentakab Indah di sini pada Selasa.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang; Pengerusi SwCorp, Datuk Rizalman Mokhtar; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Jezlily Jamaluddin.

Selain aktiviti gotong-royong di taman terbabit secara bersepadu, serahan bantuan kepada komuniti, sumbangan kepada surau dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan warga kerja SWCorp Pahang yang terjejas akibat banjir turut diadakan.

Sementara itu, Rizalman berkata, SWCorp akan mengagihkan 8,000 tong sampah di negeri ini berikutan banjir yang melanda Pahang baru-baru ini.

"Selain itu, kerja-kerja pembersihan di kawasan terlibat sedang giat dijalankan secara bersepadu atau persendirian bersama agensi berkaitan.

"Untuk hari ini (Selasa) di sini, kita menyasarkan kerja pembersihan selesai dalam minggu ini," katanya.

Artikel Berkaitan: