Hatrik Mbappe bantu kemaraan PSG dalam Piala Perancis

Mbappe ledak hatrik bantu PSG mara ke pusingan 16 terakhir Piala Perancis
Mbappe ledak hatrik bantu PSG mara ke pusingan 16 terakhir Piala Perancis
A
A
A

PENYERANG sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe meledak hatrik ketika membantu pasukannya mara ke ke peringkat 16 terakhir Piala Perancis selepas menewaskan kelab divisyen empat, Vannes 4-0 awal pagi tadi.

Meskipun turun dengan ketiadaan beberapa tonggak termasuk Lionel Messi dan Danilo, selain gangguan dron pada perlawanan itu, ia nyata tidak menghalang skuad kendalian Mauricio Pochettino untuk memenangi aksi tersebut.

Pada perlawanan itu, PSG berjaya membuka tirai jaringan melalui pemain pertahanan Presnel Kimpembe yang menanduk masuk hantaran Nuno Mendes pada minit ke-28 selepas perlawanan terhenti seketika akibat gangguan dron di Stadium Rabine.

Pemain kelahiran Perancis itu kemudiannya membantu Mbappe meledak gol kedua PSG pada masa kecederaan babak pertama sebelum bekas penyerang Monaco itu berjaya menjaringkan gol keduanya pada minit ke-77.

Mbappe kemudiannya berjaya melengkapkan hatriknya enam minit selepas gol keduanya untuk mencetak jaringan ke-150nya bersama PSG.

“Saya sangat gembira dapat kembali beraksi semula bersama pasukan. Perlawanan bukanlah mudah tetapi kami berjaya memenanginya,” kata pemenang piala dunia itu.

Dalam pada itu, Pochettino memuji barisan pemainnya termasuk Mbappe yang dapat beraksi dengan cemerlang meskipun mengalami beberapa kekangan pada perlawanan itu.

"Kami boleh gembira dengan prestasi pasukan ini. Mbappe berkasi sangat cemerlang pada perlawanan ini dan dia merupakan pemain utama dunia.

Artikel Berkaitan:

"Kami membuat beberapa pertukaran selepas rehat termasuk di bahagian tengah dan kita boleh lihat pergerakan bola lebih lancar berbanding sebelum ini,” katanya.