Renjer maut dalam insiden berbalas tembakan Narathiwat

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

NARATHIWAT - Seorang renjer maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden berbalas tembakan di Rangae, Narathiwat, selatan Thailand, pada Isnin.

Dalam insiden pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari (waktu tempatan), sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah markas renjer di Daerah Rangae.

Pemerintah Tentera Narathiwat, Jen. Chalermphon Khamkhiao berkata ketika kejadian, enam anggota renjer bertugas memeriksa kenderaan di perkarangan markas itu.

“Sekumpulan lelaki bersenjata telah mengepong markas renjer dan mula melepaskan tembakan ke arah anggota renjer yang sedang bertugas.

“Insiden berbalas tembakan antara renjer dan kumpulan penyerang berlanjutan kira-kira 30 minit sebelum kumpulan penyerang beredar dari tempat kejadian.

“Apabila keadaan reda, seorang renjer ditemui maut manakala dua lagi cedera,”katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Beliau menambah kata, bahawa dua anggota yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Narathiwat Ratchanakarin.

Chalermphon berkata, lebih 40 kelongsong peluru bersama senjata jenis AK47 dan MA16 ditemui di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kira-kira 100 anggota keselamatan mempergiatkan usaha menjejaki suspek. - Bernama