Nahas di Kemaman: Dua lagi disahkan maut

Pada Ahad Sinar Harian melaporkan, seorang kanak-kanak antara empat mangsa yang maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di jalan Terengganu-Jabor, di sini.
Pada Ahad Sinar Harian melaporkan, seorang kanak-kanak antara empat mangsa yang maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di jalan Terengganu-Jabor, di sini.
A
A
A

CHUKAI - Dua lagi maut dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh dekat sini pada Isnin yang telah mengorbankan empat orang, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban dalam tragedi 3 Syawal itu kepada enam orang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, dua lagi mangsa meninggal dunia di hospital manakala empat lagi mangsa maut di lokasi kejadian.

Terdahulu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Mohd Hafiezul Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan dua buah kereta Proton Persona itu pada 4.47 petang Isnin.

Katanya, sejurus itu lima anggota dari BBP Cheneh dan enam anggota yang bersedia di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing bergegas ke lokasi.

"Kereta Proton Persona pertama yang dinaiki lapan individu termasuk pemandu dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman.

Manakala kereta Proton Persona kedua pula dinaiki lima individu termasuk pemandu dalam perjalanan dari Perasing dekat Jabor menuju ke Batu Rakit, Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti. - Bernama