39 pengunjung pusat hiburan positif dadah ditahan

Seramai 39 pengunjung pusat hiburan di Jalan Loke Yew ditahan selepas didapati positif dadah pada Ahad.
Seramai 39 pengunjung pusat hiburan di Jalan Loke Yew ditahan selepas didapati positif dadah pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 39 pengunjung pusat hiburan di Jalan Loke Yew ditahan selepas didapati positif dadah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pemeriksaan dilakukan di sebuah pusat hiburan yang beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 pada jam 12.30 tengah malam.

Beliau memberitahu, seramai 47 pengunjung membabitkan 40 lelaki dan empat wanita tempatan menjalani ujian saringan awal.

"Turut menjalani ujian berkenaan ialah dua wanita dan seorang lelaki warga asing. Hasil ujian tersebut mendapati seramai 39 individu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Dellhan berkata, kesemua individu yang didapati positif dadah itu direman selama dua hingga empat hari untuk siasatan lanjut.

"Selain itu, kita turut mengeluarkan kompaun keseluruhan bernilai RM47,000 terhadap kesemua individu berusia 20 hingga 40 tahun.

"Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-221159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Artikel Berkaitan: