TMJ tinjau situasi banjir di Tangkak, Muar

Tunku Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Sekolah Agama Bandar Tangkak, Tangkak, Muar pada Ahad.
Tunku Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Sekolah Agama Bandar Tangkak, Tangkak, Muar pada Ahad.
A
A
A

MUAR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meninjau situasi banjir dan melakukan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Agama Bandar Tangkak di sini pada Ahad.

Tunku Ismail bertitah, lawatan tersebut bertujuan mendapatkan perkembangan terkini banjir di Tangkak, selain menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di PPS tersebut.

"Setakat ini, terdapat 31 mangsa daripada tujuh keluarga yang telah dipindahkan ke PPS tersebut.

"Bantuan keperluan asas telah diagihkan kepada mangsa banjir oleh Johor Military Force (JMF) dengan bantuan Southern Volunteers," titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi di sini pada Ahad.

Tunku Mahkota Johor kemudian meninjau situasi banjir di Muar sebelum membuat lawatan ke Pejabat Daerah Muar yang kini dijadikan Pusat Kawalan Operasi Banjir.

"Terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan badan keselamatan, pejabat-pejabat daerah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Johor yang telah memastikan kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi bencana banjir.

"Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk rakyat Johor dan semoga anda semua dilimpahi berkat ALLAH SWT," titah baginda.

Artikel Berkaitan: