Membongkar rahsia kejayaan Eropah

A
A
A

SALJI menyambut kami sebaik tiba di Swiss Smart Factory bersebelahan kilang Citroen di Zurich pada hari terakhir siri lawatan kajian kemahiran tinggi industri di Jerman dan Swizerland bersama delegasi Datuk Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Kemegahan Citroen setanding nama besar Siemens, Airbus, Audi, BMW, Mercedes, Deutsche, ABB, Bosch, Rolex, Montblanc, Lamy, Parker dan banyak lagi jenama terkenal daripada dua negara Eropah tersebut. Sebagai contoh, Siemens memasuki pasaran dunia pada 1898 dan kini berusia lebih 120 tahun.

Pada 1916, BMW atau ‘Bayerische Motoren Werke’ dalam bahasa Jerman atau ‘Bavarian Motor Works’, sebuah syarikat gergasi kereta dan motosikal mula beroperasi. Sepuluh tahun kemudian, ia mula mengeluarkan enjin jet BMW 801 dan BMW0 03. BMW – syarikat yang berpangkalan di Munich, Jerman kini mengeluarkan 3 juta kenderaan setahun.

Penulis mendapati jenama syarikat Eropah kini bernilai €300 bilion (RM1.2 trilion) di pasaran dunia. Jadi, apakah sebenarnya rahsia kehebatan Eropah? Sepanjang dua minggu di Jerman dan Switzerland, kami merumuskan agak sukar untuk meniru budaya hidup Eropah.

Antara sifat positif budaya kerja mereka ialah sentiasa mampu melaksana dan menyiapkan tugasan dengan cepat, tepat serta terbaik. Penulis percaya orang Eropah mengkaji ayat al-Quran dan menjadikannya sebagai rujukan. Orang Eropah sangat pentingkan masa dan ketepatan sebagaimana yang ALLAH SWT jelaskan dalam Surah Al-Fushshilat [41:10-13] bermaksud: “Dan, ALLAH menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni) nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya;”

“Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa”. Keduanya menjawab: “Kami datang dengan suka hati; Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui; Jika mereka berpaling maka katakanlah: Aku telah memperingatkan kamu dengan petir, seperti petir yang menimpa kaum Ad dan kaum Tsamud.”

Dalam perjalanan singkat itu, kami telah bertemu dan berbincang dengan beberapa pakar pusat latihan kemahiran terkenal iaitu European Schools of Management and Technology (ESMT) di Berlin, Federal Institute of Vocational Education and Training (BIBB) dan German Office of International Cooperation in Vocational Education and Training (GoVET) di Cologne Bonn, Technical University of Munich (TUM) dan ASIA Centre of Excellence for Smart Technologies (ACES) di Munich dan Swiss Smart Factory di Zurich.

Semua syarikat terbabit memberi jaminan akan bekerjasama dengan Malaysia khususnya Kerajaan Selangor demi pembangunan latihan kemahiran teknologi tinggi. Institusi yang penulis sebutkan itu bertanggungjawab membangunkan banyak syarikat berasas teknologi tinggi Eropah. Ada antaranya telah mempunyai pejabat operasi cawangan di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Kami juga melawat Stadium Allianz Arena Bayern Munich di Bavaria, Munich yang berkapasiti 69,901 tempat duduk. Struktur bumbung menakjubkan terkenal sebagai stadium pertama di dunia dengan warna yang berubah mengikut keadaan cuaca dan suhu. Ia dibuat daripada bahan ethylene tetrafluoroethylene (ETFE).

ETFE ialah sejenis polimer berasaskan polyethene-co-tetrafluoroethene mempunyai suhu lebur yang agak tinggi, tahan kimia dan mempunyai sifat rintangan tinggi daripada sinaran elektrik serta cahaya matahari.

Allianz Arena terletak di pinggir utara Schwabing-Freimann Munich dan merupakan stadium ketiga terbesar di Eropah. Kelab bola sepak profesional FC Bayern Munich dan TSV 1860 Munchen pernah bermain di Stadium Allianz Arena sejak musim 2005-2006. Kelab-kelab antarabangsa pernah bermain di stadium ini ketika Olimpik Munich 1972.

Lawatan kali ini memberi pengajaran besar kepada kami. Ketika makan malam di sebuah restoran Muslim di Munich, Amirudin memberi ulasan yang mengejutkan. Amirudin merumuskan orang Eropah umpama sotong yang berdakwat hitam.

Beliau menyatakan sotong mampu mengeluarkan sejumlah dakwat hitam bagi mewujudkan suasana gelap sekali gus mengaburkan pandangan dan sempat untuk melarikan diri daripada pemangsa. Namun, dakwat hitam yang dikeluarkan oleh orang Eropah itu baik kepada kesihatan manusia.

Penulis terus mengkaji tentang dakwat sotong. Ternyata ia mengandungi protein, mineral, asid amino, lipid dan dopamine iaitu neurotransmitter yang menenangkan. Dakwat cecair hitam turut dijadikan agen pewarna pasta dan risotto. Ia mengandungi pelbagai nutrien dan asidioididan baik untuk kesihatan.

Ini sesuai dengan pesanan ALLAH dalam Surah Al-Maaidah [5:96] yang maksudnya: “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan.”

Sebenarnya ada maksud tersembunyi di sebalik cerita sotong sebagaimana tercatat dalam Surah Al-Insan [76:1-2] bermaksud: “Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia (mampu) mendengar dan melihat.”

Jelas sekali, Eropah telah lama mengecapi kejayaan demi kejayaan. Pasti ada satu rahsia penyebab yang mesti mereka berjaya perlu dibongkar untuk dijadikan panduan dan diamalkan oleh rakyat Malaysia. Penulis dapat merasakan Amirudin sudah mendapat sedikit perisa kejayaan untuk dimasak dalam kuali teknologi negeri tersebut.

* Penulis ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor (UNISEL)