Moyes gembira West Ham mampu pamer aksi terbaik

Pemain West Ham, Declan Rice (tengah), meraikan jaringan gol pada perlawanan berkenaan. - foto skysports
Pemain West Ham, Declan Rice (tengah), meraikan jaringan gol pada perlawanan berkenaan. - foto skysports
A
A
A

KEMENANGAN 3-2 ketika berdepan Crystal Palace pada Ahad nyata menggembirakan pengendali West Ham, David Moyes yang menyifatkan skuad kendaliannya itu telah mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan.

Menurut Moyes, berdepan jadual padat termasuk terpaksa beraksi pada musim perayaan, namun pengendali West Ham, David Moyes tetap berbangga dengan aksi dipamerkan skuad kendaliannya itu setakat ini.

Malah katanya, kesebelasan The Hammers dilihat masih mampu mempamerkan aksi bertenaga dan mencatatkan keputusan yang memberangsangkan di sebalik kepadatan jadual yang tidak masuk akal itu.

“Ternyata, ia memang sesuatu yang sukar di sebalik jadual padat ini terutamanya kepada pemain dan juga staf kami.

“Namun, saya gembira kerana pemain masih mampu menghasilkan kejayaan dihasilkan di sebalik jadual perlawanan yang cukup padat kali ini.

“Perlu diingat, sebelum ini tiga perlawanan terakhir ini kami juga perlu mengharungi aksi suku akhir bagi saingan Piala Liga,” katanya.

Untuk rekod, West Ham tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur pada aksi suku akhir Piala Liga pada 23 Disember, tewas 2-3 kepada Southampton (26 Disember), menang 4-1 ke atas Watford (28 Disember) sebelum menang 3-2 ke atas Palace pada 2 Januari.

Kemenangan ke atas Palace menyaksikan The Hammers berada pada kedudukan kelima dengan 34 mata setelah mengharungi 20 perlawanan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Mengulas kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace Moyes berkata, dia berpuas hati dengan kemenangan berkenaan, biarpun menerima tekanan pada penghujung perlawanan.

“Kami menguasai perlawanan dan berjaya menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama, bagaimanapun pada separuh masa kedua Palace dilihat mula bangkit memberikan tentangan dan berjaya menjaringkan dua gol pada penghujung perlawanan.

“Mujur benteng pertahanan kami terus kental bertahan bagi memastikan kemenangan kali ini,” katanya.