Mangsa banjir di PPS makin berkurang di Kelantan

Tangga Krai sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat keadaan semasa kenaikan paras air di daerah itu.
Tangga Krai sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat keadaan semasa kenaikan paras air di daerah itu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan semakin berkurangan.

Menurut infobencana.jkm, sehingga jam 7 malam, sebanyak lima buah PPS masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yuk Chai, Sekolah Kebangsaan Biak A, Kolej Vokasional Kuala Krai dan Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil.

Lima PPS berkenaan menempatkan 321 mangsa dari 112 keluarga yang masing-masing dari Kuala Krai.

Sementara itu, menurut laman sesawang publicinfo.banjir, sehingga 7 malam, empat sungai utama berada di paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai; Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah.

Empat sungai lain pula berada di paras waspada iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh; Kampung Karangan di Kuala Krai; Sungai Galas di Limau Kasturi; Gua Musang dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Kota Bharu.

Orang ramai terutama yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan mengambil langkah awal berpindah ke lokasi yang lebih selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Artikel Berkaitan: