Ronaldo gembira di United

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

TONGGAK serangan Manchester United, Cristiano Ronaldo sangat gembira ketika ini bersama pasukannya meskipun terdapat khabar angin yang mengatakan dirinya tidak sebulu dengan pemain The Red Devils yang lain, kata ejennya Jorge Mendes.

Ronaldo yang berpindah semula ke Old Trafford selepas berkelana di Juventus berjaya menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan untuk United musim ini.

Malah pemain berusia 36 tahun itu baru-baru ini berjaya mencetak satu jaringan dan satu bantuan gol untuk united ketika pasukan itu berjaya menang 3-1 keatas Burnley pada Khamis.

"Cristiano (Ronaldo) sangat gembira bersama Manchester United ketika ini. Dia akan meneruskan rentak permainan yang cemerlang bersama United.

"Saya yakin musim ini akan menjadi satu musim yang agak hebat buat Cristiano," kata Mendes.

Komen Mendes itu hadir selepas pengkritik bola sepak yang juga bekas rakan sepasukan Ronaldo, Gary Neville mengkritik persembahan teruk Ronaldo dan Bruno Fernandes di United.

Menurut Neville, duo Portugis itu tidak beraksi dengan baik ketika United seri 1-1 di Newcastle United pada 27 Disember.

“Ya, persembahan Ronaldo dan Fernandes menjengkelkan saya selama kira-kira dua bulan.

Artikel Berkaitan:

"Saya kecewa apabila kedua-dua pemain yang hebat dalam pasukan gagal serasi bersama rakan sepasukan lain. Mereka sepatutnya membantu rakan yang lain.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena di sana. Anda perlu berada di sana apabila rakan sepasukan memerlukan anda dalam saat-saat yang paling sukar," katanya.

Untuk rekod, United kini menduduki tangga keenam liga dan akan menentang Wolves pada Isnin dalam mengejar kedudukan empat teratas.