X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Ringgit dibuka mengukuh pada hari dagangan terakhir 2021

Ringgit meneruskan pengukuhannya berbandIng dolar AS pada pagi Jumaat yang juga hari dagangan terakhir bagi 2021
A
A

RINGGIT meneruskan pengukuhannya berbandIng dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Jumaat yang juga hari dagangan terakhir bagi 2021 biarpun mata wang negara maju itu mendapat permintaan lebih baik susulan peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.06 peratus kepada 95.989 mata, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, ringgit naik kepada 4.1720/1760 berbanding 4.1750/1785 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penanda aras ekuiti seperti Dow Jones Industrial Average (DJIA) telah mencatat penurunan berbanding peningkatan sebelum ini manakala hasil Perbendaharaan 10 Tahun AS pula susut kira-kira empat mata asas kepada 1.51 peratus malam tadi.

“Perkembangan ini berlaku ketika pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS memberi amaran bahawa kapal-kapal persiaran perlu dielak bagi membendung risiko penularan Covid-19,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, berdasarkan senario semasa, ringgit berkemungkinan berdepan pembetulan teknikal lewat hari ini berikutan pergerakan di Wall Street semalam.

Ringgit bagaimanapun diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0851/0888 daripada 3.0835/0865 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.6259/6294 daripada 3.6248/6281.

Unit tempatan itu juga turun berbanding euro kepada 4.7256/7302 daripada 4.7178/7217 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.6322/6376 daripada 5.6187/6234 sebelum ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!