TMJ titah agensi, pejabat daerah siap siaga

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kesemua agensi berkaitan dan pejabat daerah di Johor diarah untuk bersiap siaga serta bertindak pantas dalam usaha penambatan banjir susulan laporan ramalan awal banjir yang dijangka berlaku pada 1 Januari ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa memantau situasi di Johor dan akan memastikan segala bantuan dihulurkan kepada rakyat yang terjejas.

“Johor dijangka akan menghadapi banjir mulai 1 Januari.

“Saya telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi berkaitan serta Southern Volunteers (SV) untuk bersiap sedia dalam usaha penambatan banjir dan juga menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir,” titah Tunku Ismail menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter rasmi baginda pada Khamis.

Tunku Ismail bertitah, SV digerakkan untuk membantu pejabat daerah dan agensi berkaitan dalam memastikan tiada mangsa banjir yang ketinggalan mendapatkan bantuan.

“Saya doakan ALLAH memberkati dan melindungi kita semua dalam menghadapi banjir. ALLAH Peliharakan Sultan,” titah baginda.

Ramalan awal banjir di Johor mulai 1 Januari melibatkan kawasan berisiko banjir di sekitar Sungai Mersing, Sungai Endau, Sungai Johor, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau. - Bernama

Artikel Berkaitan: