Pemadam sokong pelan Tobacco Endgame 2040 negara

Perhimpunan Agung Tahunan Pemadam Kebangsaan Ke-45 diadakan di Hotel Grand Barakah, Ampang di Kuala Lumpur pada Khamis.
Perhimpunan Agung Tahunan Pemadam Kebangsaan Ke-45 diadakan di Hotel Grand Barakah, Ampang di Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menetapkan pelan Tobacco Endgame 2040 negara.

Timbalan Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan, Datuk Suhaimi Abdullah berkata, ini bagi memastikan rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 2003 dan 2004 menjadi generasi bebas asap rokok.

"Kita bergerak seiring dengan KKM dan mulakan dengan Kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 9 November lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemadam Kebangsaan Ke-45 diadakan di Hotel Grand Barakah, Ampang, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pemadam turut menyambut baik inisiatif dilaksanakan menerusi pihak KKM yang membantah mengenai aktiviti penjualan vape atau rokok elektronik di negara ini.

"Kita juga menolak konsep Tobacco Harm Reduction atau Pendekatan Pengurangan Kemudaratan Tembakau diperkenalkan oleh industri rokok dalam negara yang digerakkan oleh pengamal perubatan tertentu.

"Kononnya perokok beralih kepada produk alternatif seperti rokok elektronik yang kurang mudarat, dapat membantu mengurangkan pengambilan tembakau sekali gus mendorong mereka berhenti merokok," katanya.

Artikel Berkaitan: