PH Johor sedia kerjasama dengan Muda

Barisan pemimpin PH Johor
Barisan pemimpin PH Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor sedia berbincang dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi membentuk kerjasama dalam mencorakkan politik yang lebih progresif di negeri ini.

PH Johor dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, kerjasama politik itu bertujuan untuk kebaikan bersama selain menawarkan alternatif terbaik buat rakyat.

"PH Johor mengalu-alukan pendaftaran Muda sebagai sebuah parti politik berdaftar pada Rabu.

"PH Johor menyatakan kesediaan untuk berbincang dan keterbukaan untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuklah Muda dalam mencorakkan politik yang lebih progresif untuk membangunkan negeri ini," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Pada Rabu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman mengumumkan parti itu telah didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 23 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: