X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Muda kini sah sebuah parti politik

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) secara rasminya telah mendapat kelulusan daripada Pertubuhan Pendaftaran (RoS) untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.

Menurut Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kelulusan itu diberikan sejak 23 Disember yang lalu.

"Kita ada berita gembira, mungkin kita terlepas pandang untuk baca e-mel semalam, kerana memang sekarang (berada) di Pahang, bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, tapi alhamdulillah akhirnya parti Muda telah didaftarkan secara rasmi.

"Dan kita telah terima e-mel daripada RoS. Kita tidak boleh fokus kepada politik kerana fokus sekarang adalah untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

"Tetapi kita ingin mengambil sedikit masa untuk mengucap syukur kepada mereka yang menyokong kita, rakyat yang banyak membantu kita, alhamdulillah akhirnya kita menjadi parti yang berdaftar dan fokus kami adalah untuk berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa untuk jadikan Malaysia negara yang maju, bermaruah dan berintegriti," katanya dalam satu perkongsian video di media sosial pada Rabu.

Jelas beliau lagi, Muda juga telah menerima surat rasmi pendaftaran sebagai sebuah parti berdaftar pada Selasa.

Ujarnya, Muda akan bergerak sebagai sebuah parti yang berkhidmat kepada rakyat.

Beliau dalam masa sama menyeru orang ramai untuk menyertai parti berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membenarkan Muda didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah dalam tempoh 14 hari lepas selain membayar kos guaman sebanyak RM10,000. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!