Permintaan topeng muka meningkat di Johor

Orang ramai mulai cemas dengan situasi pencemaran kimia.
Orang ramai mulai cemas dengan situasi pencemaran kimia.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Permintaan topeng muka daripada penduduk sekitar pusat bandar ini didapati meningkat secara mendadak dalam tempoh tiga hari ini.

Perkara itu dilihat jelas menunjukkan kerisauan penduduk berhubung isu pencemaran bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, di sini sejak Khamis lalu.

Ahli Farmasi di Taman Bukit Dahlia, Zahirul Faiza Zakaria, 45, berkata, sejak kelmarin lebih 150 kotak topeng muka telah dijual kepada penduduk yang dilihat gusar mengenai isu ini.

“Kita terima permintaan yang tinggi. Semalam sahaja sebanyak 100 kotak topeng muka telah dijual manakala hari sebelumnya lebih kurang 80 kotak.

“Kita tidak tahu situasi sebenar yang berlaku tetapi mungkin sebab penduduk sudah mula takut dengan pencemaran ini,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sejak kelmarin lebih 150 kotak topeng muka telah dijual kepada penduduk yang dilihat gusar mengenai isu ini.
Sejak kelmarin lebih 150 kotak topeng muka telah dijual kepada penduduk yang dilihat gusar mengenai isu ini.

Zahirul berkata, meskipun menerima permintaan yang tinggi pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan bekalan untuk keperluan penduduk setempat.

“Banyak yang habis (topeng muka), macam semalam 100 kotak habis dalam tempoh tiga jam, tetapi kita tiada masalah nak cari stok, buat pesanan sahaja dah dapat.

Artikel Berkaitan:

“Cuma yang ciri istimewa seperti R95, memang tiada stok sampai sekarang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga menerima permintaan pelanggan yang mahu makanan sampingan terbaik untuk melindungi tubuh mereka daripada pencemaran itu.