Kelantan tingkat persiapan gelombang kedua banjir

Pos Kawalan PGA Pos Terusan telah dinaiki air sungai Golok baru-baru ini. - Foto Bernama (Gambar kecil: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah)
Pos Kawalan PGA Pos Terusan telah dinaiki air sungai Golok baru-baru ini. - Foto Bernama (Gambar kecil: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah)
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan meningkatkan persiapan dan persediaan berdepan kemungkinan banjir gelombang kedua berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, persediaan tahun ini diperkemaskan berdasarkan pengalaman yang berlaku di Selangor dan Pahang ketika ini.

Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa pengurusan, menyediakan bekalan dan mengenalpasti pangkalan utama.

"Kita juga memperuntukkan bajet setiap tahun terutama di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Amar juga berharap penduduk di negeri ini sentiasa berdoa supaya tidak berlaku banjir besar seperti tahun 2014.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha membantu mangsa banjir berdasarkan kemampuan dan pengalaman sebelum ini.

"Kita berusaha setakat mampu namun berharap tiada banjir besar. Saya juga yakin semua pihak, agensi yang terlibat sudah bersiap siaga sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan: