PBT, majlis perbandaran, daerah perlu lebih agresif lupuskan sampah

 Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan majlis perbandaran serta daerah perlu lebih agresif menyediakan jentera seperti ‘backhoe’ dan lori ‘roro’ untuk memastikan sampah daripada harta benda mangsa banjir dapat segera dibersihkan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sampah sarap yang bertimbun perlu segera dibersih dan dilupuskan bagi mengelakkan kemudaratan lain seperti wabak penyakit.

“Semalam sahaja, kami Pemuda UMNO Malaysia menyewa dua backhoe dan enam lori roro untuk membantu membersihkan sampah sarap sekitar Sri Muda Kota Raja,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai disyorkan untuk menyumbangkan dana dalam bentuk sewaan ‘backhoe’ dan lori sampah kerana kebanyakan kawasan kini berada dalam fasa pembersihan.

“Buat orang ramai yang mahu membantu termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan), sukarelawan dalam kalangan parti-parti politik pula, saya mengesyorkan dalam fasa pembersihan ini lebihkan menyumbang sebahagian daripada dana dalam bentuk sewaan 'backhoe' dan lori sampah kira-kira RM300 hingga RM500 sehari.

“Tidak perlu lagi sumbang baju-baju dan pakaian terpakai kerana banyak tempat yang saya pergi sudah jadi macam sampah yang bertimbun berikutan tiada orang yang menguruskan untuk menyusun pakaian tersebut.

“Sama-sama kita membantu. Insya-ALLAH mempermudahkan urusan orang, ALLAH SWT mempermudahkan urusan kita,” katanya.

Artikel Berkaitan: