X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Brentford rangka strategi berdepan City

Frank - Foto Getty Images
A
A

PENGENDALI Brentford, Thomas Frank, menegaskan pihaknya telah pun merencana percaturan tersendiri dalam usaha mencatatkan keputusan positif berdepan City pada Khamis.

Malah, Frank turut berharap agar dia dapat menurunkan kesebelasan terbaik bagi berdepan City, biarpun berdepan dengan masalah kecederaan pemain.

“Kita mahu turunkan kesebelasan terbaik namun dengan masalah kecederaan pemain, kita akan buat rombakan bagi menyesuaikan keadaan.

“Namun, berdasarkan prestasi cemerlang ketika berdepan Liverpool dan Chelsea sebelum ini, memberikan keyakinan kepada kita untuk berdepan dan memberikan saingan kepada City,” katanya.

Untuk rekod Brentford kini berada pada kedudukan ke-13 dengan meraih 20 mata setakat ini berbanding City yang ah di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 47 mata.

Dalam pada itu, Frank mengakui menghormati City sebagai skuad yang hebat dan menyifatkan pengendalinya, Pep Guardiola sebagai jurulatih terhebat dalam era bola sepak moden.

Katanya, kecemerlangan Guardiola setakat ini cukup mengkagumkan dan perkara itu dilihat bakal memberikan kesukaran buat skuad kendaliannya nanti.

“Kami bakal berdepan dengan pasukan hebat yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), yang memiliki bajet terbesar dan tidak salah kalau saya labelkan sebagai pasukan terbaik dalam era bola sepak moden.

“Selain itu, City juga jelas memiliki pemian yang bagus dan beraksi secara spesifik berdasarkan kepada gaya permainan tersendiri hingga menyukarkan pasukan lain untuk memberikan saingan dan jika mampu (memberikan saingan), ia pastinya sukar kerana anda memerlukan pemain lebih bagus daripada itu,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!