Pencemaran kimia: Bertungkus lumus bantu mangsa

Adzuan
Adzuan
A
A
A

PASIR GUDANG - Disebalik suasana panik ekoran pencemaran kimia yang berlaku di sini sejak Khamis lalu, turut tersemat satu kemanisan iaitu semangat kerjasama antara masyarakat.

Suasana itu dapat disaksikan di pusat gerakan operasi Taman Pasir Putih yang melibatkan pelbagai agensi dan pasukan keselamatan sedang bertungkus lumus membantu mangsa terjejas akibat insiden itu.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan turut mendapati terdapat sejumlah besar sukarelawan daripada pelbagai persatuan dan badan yang turun padang menaburkan bakti.

Sukarelawan, Adzuan Ahmad, 47, berkata, dia mengambil inisiatif sendiri untuk mengagihkan topeng muka kepada mereka yang berkunjung ke tersebut.

"Saya mendapat maklumat berhubung insiden ini menerusi media sosial, jadi sementara sedang cuti ini saya berfikir mahu bantu dan memberikan khidmat seberapa banyak yang boleh.

"Jadi antara yang saya lakukan adalah membeli empat kotak topeng muka untuk diagih-agihkan kepada sesiapa sahaja yang berada di sini dan tidak mempunyai topeng muka," katanya ketika ditemui.

Jamaluddin
Jamaluddin

Sementara itu, seorang aktivis masyarakat, Jamaluddin Abd Malik, 41, memberitahu, dia telah mula membantu mengagihkan makanan dan minuman di dewan berkenaan sejak hari pertama kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan makanan dan minuman khususnya tidak putus-putus diterima daripada pelbagai pihak, termasuklah agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta dan juga individu persendirian.

"Makanan dan minuman ini kesemuanya diagihkan kepada mereka yang berkunjung ke sini, sama ada mangsa, ibu bapa pelajar, petugas dan juga pihak media," katanya.