Pekan Kajang dinaiki air, Sungai Langat cecah paras bahaya

Menurut laman web Public InfoBanjir, paras air Sungai Langat di Kajang telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat. - Foto Twitter @neejiy
Menurut laman web Public InfoBanjir, paras air Sungai Langat di Kajang telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat. - Foto Twitter @neejiy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kawasan Pekan Kajang, dilapor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berlaku lebih sejam, petang ini.

Menurut laman web Public InfoBanjir, paras air Sungai Langat di Kajang telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat.

Hujan juga dikategorikan sebagai tahap lebat dengan taburan sebanyak 38mm setakat jam 5.45 petang Isnin.

Selain itu, Sungai Langat di Taman West Country Kajang yang berdekatan Bandar Baru Bangi juga kini dikategorikan sebagai zon kuning susulan hujan lebat ketika ini.

Di media sosial, tular rakaman video yang menunjukkan limpahan air sudah naik di laluan Kajang menuju ke Semenyih, Selangor. - Awani

Artikel Berkaitan: