632 anggota, pegawai polis Selangor turut jadi mangsa banjir

Ramli (kanan) ketika penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di IPK Selangor pada Isnin.
Ramli (kanan) ketika penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di IPK Selangor pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 632 keluarga anggota serta pegawai polis di negeri ini turut menjadi mangsa banjir yang melanda Selangor minggu lepas.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, kebanyakan mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam, Kajang serta Klang Utara.

"Kesemua warga polis yang terjejas tinggal di rumah sendiri dan kediaman sewa. Bantuan akan diselaraskan mengikut jumlah ahli keluarga," katanya selepas sidang akhbar penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.

Tambah beliau, anggota terbabit turut menerima sumbangan beras daripada empat buah syarikat dan kerabat Diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.

"Sumbangan pakaian turut diperoleh daripada Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) dengan diharap semua bantuan itu dapat meringankan beban warga polis yang terkesan itu," katanya.

Artikel Berkaitan: