KP MKN, KP Nadma anggotai pasukan petugas pasca banjir: KSN

Penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir memilih baju baru yang disumbangkan oleh sukarelawan ketika tinjauan di Kampung Labohan Dagang Kuala Langat Banting.- Foto Bernama
Penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir memilih baju baru yang disumbangkan oleh sukarelawan ketika tinjauan di Kampung Labohan Dagang Kuala Langat Banting.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim, antara individu yang menganggotai pasukan petugas khas pasca banjir.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi hantaran di akaun Facebook beliau pada Ahad.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju mewujudkan pasukan petugas khas pasca banjir dan untuk persediaan menghadapi banjir gelombang kedua dipengerusikan oleh Mohd Zuki.

“Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi, satu pasukan ‘task force’ ditubuhkan bagi memastikan pengurusan pasca banjir dan kesiapsiagaan menghadapi gelombang kedua banjir yang lebih responsif dan efektif, berdasarkan maklumat yang tepat dan terkini,” katanya.

Selain itu, pasukan itu dianggotai Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah agensi kerajaan.

Perdana Menteri mengumumkan perkara itu selepas meninjau kawasan terjejas banjir dan aktiviti gotong-royong di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, Hulu Langat oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terlibat. - Bernama

Artikel Berkaitan: