Manchester United tidak berlaku adil kepada Cavani

Cavani
Cavani
A
A
A

BEKAS Penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov mendakwa tonggak serangan The Red Devils, Edinson Cavani tidak dilayan dengan adil selepas kelab tersebut menandatangani Cristiano Ronaldo di Old Trafford sehingga memaksa penyerang itu meninggalkan kelab tersebut.

Kepulangan Ronaldo dan masalah kecederaan yang dihadapi Cavani merencatkan persembahan penyerang berbangsa Uruguay musim ini selepas menjadi pilihan utama di Old Trafford musim lalu dengan menjaringkan 17 gol dalam kempen pertamanya di England.

Difahamkan pemain berusia 34 tahun itu menjadi sasaran Barcelona pada jendela perpindahan Januari namun United mahu memanfaatkan baki kontraknya.

Menurut Berbatov, dia percaya bekas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu perlu beraksi lebih kerap di Old Trafford musim ini di mana peluang sama pastinya diperolehi di Sepanyol.

"Selepas mempamerkan aksi yang baik musim lalu, Cavani tidak diberi peluang beraksi dengan cukup.Apabila seseorang seperti Ronaldo hadir di kelab, dia mengambil alih tugas tersebut dan beraksi setiap perlawanan.

"Ia situasi yang tidak adil kerana Cavani beraksi dengan baik untuk pasukan musim lalu, dia layak mendapat tawaran baharu tetapi Ronaldo mengambil tempatnya dalam pasukan.

"Jika ada peluang untuk Cavani meninggalkan kelab, sudah tentu dia akan memikirkan untuk menerimanya bagi mendapat kepuasan dalam bola sepak dan saya akan menyokongnya," katanya.

Cavani sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Boca Juniors musim panas lalu tetapi berjaya diyakinkan oleh bekas pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer untuk menandatangani kontrak setahun lanjutan pada Mei lalu.

Artikel Berkaitan: