PM lawat kawasan terjejas banjir di Hulu Langat hari ini

Ismail Sabri hari ini meninjau pembersihan surau Al Munir yang terkesan akibat banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Foto Bernama
Ismail Sabri hari ini meninjau pembersihan surau Al Munir yang terkesan akibat banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Foto Bernama
A
A
A

HULU LANGAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad membuat tinjauan ke kawasan terjejas banjir di sekitar Hulu Langat.

Beliau tiba jam 9.50 pagi dan meninjau rumah penduduk serta bertanya khabar mereka yang masih lagi bertungkus lumus membersihkan kediaman yang terjejas banjir, Sabtu lalu.

Perdana Menteri kemudian meninjau pembersihan surau Al Munir yang difahamkan menjadi 'penyelamat' penduduk yang menaiki bumbung surau itu dalam kejadian pada Sabtu itu.

Perdana Menteri seterusnya ke beberapa lokasi melihat proses gotong-royong pembersihan kawasan taman tersebut oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terlibat.

Beliau turut melawat kawasan Kampung Dusun Tua yang turut terjejas.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang. - Bernama

Artikel Berkaitan: