'Satu demi satu tiang rumah roboh'

Kediaman milik Mohd Norzid yang rosak teruk akibat banjir dalam kejadian di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Kediaman milik Mohd Norzid yang rosak teruk akibat banjir dalam kejadian di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - "Bila nampak tiang rumah jatuh, hanya ALLAH tahu perasaan saya masa itu," kata Mohd Norzid Rehan, 40an.

Jelas pemilik rumah di Kampung Bestari Jaya, di sini itu, air mula naik di kawasan rumahnya sejak Sabtu, namun tidak sangka air melebihi paras pinggang hingga merobohkan struktur hadapan rumahnya.

"Kami sekeluarga mula memindahkan barang keluar pada Sabtu malam lalu.

"Kemuncak banjir lebih teruk kira-kira jam 2.30 pagi Isnin lalu. Laluan depan rumah mula pecah dan tanah runtuh dibawa arus banjir. Memang masa itu semakin risau.

"Tidak lama kemudian, nampak satu tiang rumah tumbang diikuti tiang kedua, pintu pagar dan meleret ke rumah jiran sebelah," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters pada Sabtu.

Mohd Norzid menunjukkan rumahnya yang rosak teruk akibat banjir dalam kejadian di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Mohd Norzid menunjukkan rumahnya yang rosak teruk akibat banjir dalam kejadian di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Tambahnya, kejadian banjir hingga melebihi paras pinggang itu telah merosakkan perkakasan rumah.

Mohd Norzid berkata, dia yang mengalami kerugian kira-kira RM120,000 reda dengan bencana yang menimpa ini.

Artikel Berkaitan:

"Bencana ini akibatkan ramai penduduk terjejas. Sedih itu sudah tentu. Tidak tergambarkan apatah lagi rumah rosak teruk.

"Harap pihak berwajib dapat membantu untuk meringankan beban bukan sahaja kepada saya, tapi semua mangsa banjir yang terjejas," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun CIMB 7006891730 atas nama Mohd Norzid Rehan atau boleh hubungi di nombor 013-3080740.