Bekalan elektrik di 706 kawasan di empat negeri pulih

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan elektrik di 539 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang terjejas akibat banjir sudah dipulihkan sehingga jam 11 pagi Sabtu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bekalan elektrik pulih di 396 kawasan di Pahang, 25 kawasan di Negeri Sembilan dan 118 kawasan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bekalan elektrik di 167 kawasan di Selangor telah dipulihkan setakat jam 12 tengah malam Jumaat.

“Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, hal ini disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” katanya melalui laman Facebook rasmi TNB Careline pada Sabtu.

Selain itu, 105 kawasan di Pahang dan dua kawasan masing-masing di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur serta 127 kawasan di Selangor masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.

“Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: