Banjir di Kelantan bertambah baik

Penduduk di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang menggunakan perahu sebagai pengangkutan disebabkan air Sungai Golok masih berada pada paras waspada dengan mencecah 7.94 meter.
Penduduk di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang menggunakan perahu sebagai pengangkutan disebabkan air Sungai Golok masih berada pada paras waspada dengan mencecah 7.94 meter.
A
A
A

KOTA BHARU - Situasi banjir di Kelantan bertambah baik apabila jumlah mangsa menurun kepada 857 orang setakat jam 9.30 pagi Sabtu berbanding 978 pada petang Jumaat.

Menurut aplikasi InfoBanjirJKM, lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok, SK Kubang Kual, Masjid Mukim Padang Licin dan Putat Tujoh melibatkan jajahan Pasir Mas.

Kesemua mangsa ini terlibat dengan banjir termenung walaupun situasi semasa cuaca di Kelantan berada dalam keadaan baik.

Sekiranya situasi itu berterusan baik berkemungkinan besar PPS ini boleh ditutup dalam masa terdekat.

Sementara itu menurut laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada paras waspada iaitu 7.94 meter.

Bagaimanapun, kesemua sungai lain meliputi Sungai Lebir di Tualang; Sungai Kelantan, Tangga Krai, Sungai Galas, Dabong, Sungai Kelantan, Jambatan Guillemard, Sungai Kelantan, Tambatan Diraja, Sungai Golok, Jenob, Sungai Golok, Kuala Jambu, dan Sungai Semerak, Pasir Puteh, berada pada paras normal.

Artikel Berkaitan: